Okay, tajuk harini Tentang 'Kenapa ikan tiada lidah' ? Nak tahu ? okaaayyy get readdyy!



Rasullulah s.a.w bersabda "Sejahat-jahat manusia di hari kiamat nanti, ialah orang yang bermuka dua. Barang siapa bermuka dua di dunia maka di hari Kiamat kelak, dia akan mempunyai dua lidah, dari lidah api neraka jahanam."
Sabda Rasullulah s.a.w.lagi , Tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita " Bila ditanya apakah hikmahnya, baginda menjawab 'Sesungguhnya Allah s.w.t Telah menciptakan makhluk itu mempunyai lidah, samada yang boleh berkata-kata atau pun tidak boleh berkata-kata."
Salah seorang sahabat pun bertanya, "kenapa ikan tidak mempunyai lidah?"
Sabda Rasullulah s.a.w "Setelah Allah selesai menciptakan nabi Adam a.s Maka diperintahkan sekalian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar daripada syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu, lalu dihantar iblis ke bumi. Apabila di turunkan di bumi, iblis terus turun ke laut. Pertama sekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan.
Iblis pun menceritakan keburukan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan katanya. "sesungguhnya, Adam itu amat suka memburu dan membunuh bintang-bintang yang ada di laut dan di darat. Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan, inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.
Alright, habes dah pun. Inilah dia jawapannya. Aku pun baru tahu je. Hihi :> Baaibaai.
<< home ♥