
Wah, aku dapat info nih. Aku nak berkongsing ilmu ni. Okay, apa aku nak tulis ni tentang. Posisi tidur secara Islam.
"Diriwayatkan daripada Barra' bin 'Azib r.a : Sesungguhnya Rasullulah s.a.w bersabda :
Maksudnya : "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwudhuk seperti berwudhuk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kananmu. (Hr Bukhari dan Muslim)
Tidur Dengan Meniarap :
Dr Zaffir Al-Attar berkata : "Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada untuk mengembang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyukarkan penafasan yang boleh menggangu jantung dan otak"
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis Rasullulah s.a.w. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda :
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr.Ibnu Majah)
Tidur Terlentang :
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika melentang disebabkan merenggangkan rahang bawah.
Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu-bulu dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebakan radang.
Tidur mengiring ke kiri :
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih-lebih lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.
Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri :
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.
Tidur yang terbaik :
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
Okay, Sekarang korang boleh nilai lah dengan sendiri. Aku pun baru tahu benda nih. Jadi marilah kita sama-sama mempraktikkannya. Bukan sekadar membaca. Haa okay lee, Assalammaualaikum.
<< home ♥